Batu Nisan Bersifat 'Hidup' - Harian Metro

Batu Nisan Bersifat Hidup
Harian Metro | Rabu, 14 November 2012

SEKINCHAN: Batu sungai yang digunakan secara meluas pada zaman dulu sebagai batu nisan masih mempunyai tempat di hati masyarakat terutama bagi menyempurnakan niat si mati.

Ini berikutan penggunaan batu sungai sebagai batu nisan amat digalakkan dalam Islam kerana ia bersifat ‘hidup’ dan semula jadi berbanding batu nisan diperbuat daripada simen atau marmar.

“Kebanyakan golongan dewasa lebih menggemari batu sungai sebagai batu nisan atas faktor ia terbentuk secara semula jadi, cantik, tahan lama dan lasak.

“Meskipun kemunculan batu nisan moden seperti granit, marmar dan tarazo, batu sungai masih menerima permintaan. Secara puratanya, saya menerima tempahan kira-kira 15 pasang bagi tempoh sebulan.

“Buat masa sekarang, batu sungai semakin sukar diperoleh dan membuatkan bilangannya semakin berkurangan. Namun, harganya masih lagi pada tahap lama, iaitu lingkungan RM200 hingga RM350 sepasang mengikut saiz tertentu,” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya, dekat sini, baru-baru ini.

Batu sungai berwarna coklat kemerahan mempunyai ciri fizikal berbeza sama ada berbentuk bulat, lonjong mahupun leper dan memiliki berat sekurang-kurangnya 15 kilogram setiap satu.

Berbeza dengan batu nisan jenis lain, batu sungai akan ditebuk bertujuan melekatkan jubin maklumat si mati seperti nama (dalam tulisan rumi dan jawi) dan tarikh kematian.

Sila klik pada link dibawah, bagi melihat dan mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut mengenai Nisan Batu Sungai yang pihak kami tawarkan.

RxCrystal

Hubungi Kami | Peta Laman |Beritahu Rakan | Webmaster