Jom Mampir!

Perusahaan Batu Nisan (Batu Nesan) Mohd. Azhar bin Hj. Sadan @ Hj. Adnan yang beroperasi di Lot 683, Tali Air 9, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor merupakan Pembuat Batu Nisan Bumiputera Sejak Tahun 1990 (24 Tahun) dan telah mendapat liputan meluas dari pelbagai media massa seperti Sinar Harian, Warta Perdana, Harian Metro, Majalah Madani, Majalah Emosi serta rencana berkenaannya telah disiarkan di RTM1 dan TV9.

Selamat Datang Ke NisanWorld.com ( Selasa, 16 September 2014 ), syarikat kami menawarkan pelbagai jenis Batu Nisan serta Binaan Pusara. | Produk Baru - Ukiran Hiasan & Tanda Alamat | Terkini - Menyediakan Perkhidmatan Kiriman Tempahan Melalui Pos


Batu Nisan Bersifat ‘Hidup’

Batu Nisan Bersifat Hidup
Harian Metro | Rabu, 14 November 2012

SEKINCHAN: Batu sungai yang digunakan secara meluas pada zaman dulu sebagai batu nisan masih mempunyai tempat di hati masyarakat terutama bagi menyempurnakan niat si mati.

Ini berikutan penggunaan batu sungai sebagai batu nisan amat digalakkan dalam Islam kerana ia bersifat ‘hidup’ dan semula jadi berbanding batu nisan diperbuat daripada simen atau marmar.
>
Maklumat Lanjut

 

Apa itu Batu Nisan (Nesan) dan Kepok?

Batu nisan ataupun Batu Nesan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian.

Batu nisan/nesan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantung kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok.

Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Kebanyakkan batu nisan/nesan bagi perkuburan Islam diperbuat daripada Terrazo, Batu Marmar (Marble) dan Kayu Cengal. Catatan pada batu nisan/nesan amat berguna bagi ahli sejarah dan ahli keluarga (salasilah).

Set Binaan Pusara & Batu Nisan Lelaki
Contoh Set Binaan Pusara pasang siap dan Batu Nisan (lelaki) jenis Batuan Granite Kelabu.

 

Bagi umat Islam tedapat perbezaan diantara batu nisan/nesan seorang lelaki dan perempuan. Bagi nisan lelaki biasanya ia berbentuk bulat ataupun empat segi (seperti gambar di atas) manakala bagi perempuan berbentuk leper/pipih (seperti gambar di bawah).

Set Binaan Pusara & Batu Nisan Lelaki
Contoh Set Binaan Pusara pasang siap dan Batu Nisan (perempuan) jenis Batuan Granite Hitam (Black Galaxy).

 

Kepok juga dikenali sebagai "Binaan Pusara" dan "Kepungan Kuburan", merupakan satu binaan kecil yang di bina di atas liang lahad seperti makam bagi menandakan sesebuah pusara. Kini terdapat banyak kepuk jenis pasang siap telah digunakan secara meluas di tanah perkuburan Islam.

Manfaat Pembinaan Kepok (jenis pasang siap) di Pusara:

  1. Supaya tidak dilangkah
  2. Mengikut saiz luas liang lahat
  3. Boleh dibuka kembali*
  4. Mudah dilihat
  5. Kaedah yang mudah & praktikal
  6. Sebagai kenangan abadi
  7. Maqam bagi Jasad

*Kepok pusara ini boleh dibuka semula, jika tanah perkuburan itu telah penuh, dan dengan ini tidak menimbulkan sebarang masaalah untuk menempatkan mayat yang baru.

 

Maklumat Pada Batu Nisan

Ramai para pelanggan yang datang ke premis kami sering bertanya, apakah maklumat (si mati/arwah) yang diperlukan ketika membuat tempahan batu nisan.

Gambar di bawah ini merupakan contoh maklumat si mati yang sering pihak kami letakkan pada setiap tempahan batu nisan yang dibuat di premis kami.

Maklumat pada batu nisan

Jika anda tidak biasa dengan tulisan jawi, di bawah ini (bertulisan gelap) merupakan terjemahanya.

Al-Fatihah
Al-marhum (lelaki) / Al-marhumah (perempuan)

Nama Si Mati (Tulisan Rumi)
Nama Si Mati (Tulisan Jawi)
Tarikh Lahir ataupun Usia Si Mati
Kembali ke rahmatullah
Tarikh Meninggal (Kalendar Hijrah)
Tarikh Meninggal (Kalendar Masihi)
Amin

 

Apa Yang Ada Diantara 2 Tarikh

Seorang rakan telah menziarahi ke pusara anda. Beliau melihat tarikh pada batu nisan; bermula dari tarikh lahir sehingga tarikh pulang ke 'rahmatullah'.

Sambil membaca tarikh mulanya kehidupan anda dan kemudiannya membaca pula tarikh akhir riwayat hidup anda dengan berlinangan air mata. > Maklumat Lanjut

 

Rekabentuk baru bagi maklumat si mati pada Batu Nisan jenis Tarazo.

Pihak kami telah membuat rekabentuk baru bagi maklumat si mati pada Batu Nisan jenis Tarazo. Rekabentuk baru pada batu nisan ini menggunakan latar belakang hitam dengan tulisan berwarna emas (lihat gambar di bawah). Ianya kelihatan lebih cantik, jelas dan kemas berbanding rekabentuk lama.

Batu Nisan Perempuan jenis Tarazo rekabentuk baru
Rekabentuk baru maklumat si mati pada
batu nisan Tarazo model-Q

Rekabentuk baru ini hanyalah pilihan, iaitu atas permintaan pelanggan. Anda juga boleh menggunakan rekabentuk lama iaitu latarbelakang putih serta tulisan berwarna hitam pada maklumat si mati untuk batu nisan jenis tarazo ini. Klik di sini bagi maklumat lanjut.

RxCrystal

Hubungi Kami | Peta Laman |Beritahu Rakan | Webmaster