Cara serta Proses Membuat Batu Nisan (Batu Nesan)
Batu Nisan? Ya, ada juga yang memanggilnya sebagai Batu Nesan ataupun Batu Penanda Kubur. Tentu ramai yang ingin tahu bagaimana cara untuk membuat Batu Nisan ini?
Bagi sesiapa yang tidak biasa dengan batu nisan ini, usahkan melihat ataupun menyuntuhnya... mendengar namanya sahaja sudah cukup "menggerunkan". Ini kerana batu nisan sering dikaitkan dengan alam kematian dan ada yang mengatakan ianya berhantu.
Bagi Mohd Azhar yang telah 20 tahun bergelumang dengan kerjaya ini, tidur bersama batu nisan adalah perkara biasa baginya. Dia juga telah lali bekerja berseorangan di malam hari, dikelilingi dengan batu-batu nisan bagi memenuhi tempahan para pelanggan.
Mohd Azhar yang juga dikenali sebagai Usahawan Batu Nisan, tidak pernah menghadiri mana-mana kursus membuat batu nisan, tetapi ianya merupakan amanat dari peninggalan arwah gurunya.
Ketika mengunjungi rumah gurunya dahulu, beliau sering melihat arwah gurunya menyiapkan tempahan batu nisan. Mohd Azhar juga tidak terfikir akan menjalankan perniagaan batu nisan ini kerana beliau masih muda lagi ketika itu.
Kini terdapat pelbagai jenis batu nisan yang dijual oleh Mohd Azhar di premis perniagaanya. Sesetengahnya dibuat sendiri seperti batu nisan jenis Tarazo dan jenis Kayu Cengal. Manakala bagi batu nisan jenis Batu Mar-mar (Marble) ataupun Batu Granit, ianya dibekalkan oleh pembekal.
Cara Membuat Batu Nisan Tarazo
Batu nisan jenis Tarrazo ini diperbuat daripada campuran simen putih Portland dan batu halus (aggregate-5 mm). Bahan-bahan ini akan digaul mengikut nisabah campuranya sebelum dimasukkan ke dalam acuan batu nisan.

Beberapa contoh acuan bagi membuat Batu Nisan Tarazo.
Di NisanWorld.com, kami mempunyai beberapa set acuan yang diperbuat daripada Fiber Glass dan juga besi bagi menghasilkan model-model batu nisan Terazo yang tertentu samada untuk lelaki, perempuan ataupun kanak-kanak.

Bancuhan simen yang telah dimasukkan ke dalam acuan.
Sebelum adunan bahan tadi dimasukkan ke dalam acuan tersebut, besi R10 akan diletakkan bagi menguat dan mengukuhkan lagi batu nisan yang dihasilkan. Kemudian, campuran tadi akan dibiarkan semalaman sebelum acuan tersebut dibuka.

Batu nisan Tarazo yang telah sedia dikeluarkan dari acuanya.
Setelah, batu nisan tadi dikeluarkan dari acuanya, proses menggilap dan melicinkan akan dimulakan. Dengan batuan peralatan moden, proses penggilapan ini lebih cepat dan mudah dilakukan. Walau bagaimana pun, terdapat sesetengah bahagian pada batu nisan tersebut perlu digilap menggunakan tanggan kerana ianya tidak boleh dilakukan dengan mesin. Bahagian tersebut terpaksa digosok menggunakan kertas pasir.

Proses melicin & menggilap batu nisan menggunakan mesin.
Bagi maklumat si mati, pihak kami akan mengukirnya di atas Jubin (Tile) yang telah dipotong mengikut rekabentuk yang telah kami tetapkan. Maklumat si mati akan dicetak pada sticker sebelum ianya dilekatkan pada jubin tadi. Kemudian bahagian-bahagian yang tidak diperlukan pada sticker tadi akan dikopek.

Dari kiri: Maklumat si mati yang telah dikopek sticker-nya dan maklumat si mati yang telah siap diukir serta disapu dengan cat.
Bahagian yang telah dikopek tadi akan diukir menggunakan teknik Sand Blasting atau anda juga boleh menggunakan tukul dan pahat. Ia perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kerosakkan dan kecacatan. Maklumat si mati tadi akan di cat setelah ianya siap diukir.

Dari kiri: Batu nisan Tarazo yang baru dikeluarkan dari acuanya, batu nisan yang telah digilap, batu nisan yang telah dipasangkan dengan maklumat si mati.
Batu nisan Tarazo yang telah siap di licinkan akan ditebuk bagi membolehkan maklumat si mati dilekatkan di dalamnya menggunakan simen putih. Maklumat si mati tersebut akan ditutup terlebih dahulu menggunakan pita pelekat sebelum proses ini dijalankan bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan kotoran.
Cara Membuat Batu Nisan Mar-mar & Granite
Ada juga yang bertanya, kenapa tidak membuat sendiri batu nisan dari jenis Mar-mar dan Granite ini?
Bagi batu-batu nisan jenis ini, para pengusaha batu nisan akan mendapatkanya terus dari pembekal (kilang) kerana ia perlu melalui beberapa proses pengilangan terlebih dahulu sebelum ia dapat dibentuk menjadi batu nisan dan binaan pusara sepertimana yang anda dapat lihat di laman web ini.
Ada sesetengah batuan tersebut terpaksa diimport dari luar negara. Jadi tidak hairanlah jika harga bagi batu-batu nisan dan binaan pusara jenis ini agak mahal.

Peralatan Sand Blasting yang digunakan bagi menebuk maklumat si mati pada batu nisan & membuat ukiran binaan pusara.
Tidak seperti sesetengah pengusaha batu nisan yang lain, mereka akan menghantar batu-batu ini pada pihak ketiga bagi membuat nama si mati di atasnya tetapi di NisanWorld.com, Mohd Azhar akan mengukir sendiri nama tersebut menggunakan kaedah sand blasting.
Sama seperti Batu Nisan Tarazo (diukir pada Jubin) tetapi bagi nisan ini ianya akan terus diukir di atas batu berkenaan. Proses ini memang agak sukar dan memerlukan ketelitian yang tinggi, jika tidak berhati-hati anda terpaksa menanggung risikonya.
Anda juga boleh menonton video-video yang ada di laman web kami bagi mendapatkan sedikit sebanyak cara membuat batu nisan. Kami berharap kesemua maklumat yang dipaparkan ini dapat membantu. Sekian, terima kasih.


